Advertise here

Tuesday 22 March 2016

MB Terengganu Tunjukkan Contoh Terbaik Untuk Bantu Rakyat.

Unknown     4:07:00 am    


Terengganu akan melaksanakan pemotongan gaji bulanan Menteri Besar, Exco dan wakil rakyat untuk disalurkan kepada Tabung Darul Iman (TDI) demi manfaat rakyat negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebagai permulaan, sebanyak 10 peratus gajinya dipotong setiap bulan untuk disumbangkan kepada TDI.

Monday 21 March 2016

Terengganu Selangkah Kehadapan Dengan Penarafan Bintang J3K.

Unknown     6:22:00 pm    


Anda di Terengganu kini boleh menilai kualiti atau tahap perkhidmatan J3K kawasan anda berdasarkan penarafan bintang yang mereka perolehi. Melalui kaedah ini, penambahbaikan perkhidmatan jentera terbawah kerajaan akan dapat diukur dan diambil tindakan susulan.

Untuk menentukan penarafan bintang, keseluruh jawatankuasa J3K akan dinilai dalam satu sesi. Melalui penilaian ini juga mampu mempertingkat kerjasa yang lebih erat antara J3K dengan komponen kerajaan yang lain seperti penghulu, pegawai daerah dan yang lain.

 J3K akan dinilai berdasarkan rekod pengurusan mensyuarat, pengurusan kewangan, profil kampong, kursus-kursus yang diambil dan yang paling penting ialah sistem pengurusan fail mereka.

Pengujian ini kalau dilihat, dapat memperlihatkan usaha kerajaan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan diperingkat yang terbawah dan terpenting.

Sesi pengujian seterusnya diTerengganu akan dilakukan pada 27.3.2016 di Wisma Darul Iman. J3K yang layak telah dipanggil dan perlu melakukan persembahan kerja-kerja mereka berserta bahan-bahan sokongan asli yang lain.

Tak ada adik abang dalam pengujian ini, lulus atau gagal. Selamat sukses kepada J3K Terengganu yang mara keperingkat akhir…

Sejarah Penubuhan JKKK Gong Baru

Unknown     2:15:00 pm    

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Gong Baru telah ditubuhkan pada 1 Januari 2005. JKKK ditubuhkan bertujuan untuk membantu penduduk bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Jumlah penduduk seramai 764 orang dan majoritinya adalah kaum Melayu. Pihak JKKK Gong Baru sangat aktif membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan dan juga aktif dalam menganjurkan program dan aktiviti sejak ditubuhkan sehingga kini.

Friday 18 March 2016

Sama-sama Mengejar Impian

Unknown     12:10:00 pm    

Sama-sama Mengejar Impian
Posted by VOTE on Thursday, 17 March 2016

Pengerusi J3K Gong Baru di Facebook

6 Resepi Makmur J3K Gong Baru..

Unknown     12:03:00 pm    

6 Resepi Kerukunan J3K Kg Gong Baru
Posted by VOTE on Thursday, 17 March 2016

Thursday 17 March 2016

Kami Teguh Bersama Mu

Unknown     11:54:00 pm    
Pengerusi, Jawatankuasa dan Seluruh warga J3K Gong Baru menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu

Kan Ku Petik Bintang-Bintang Itu Untuk Mu

Unknown     11:05:00 pm    
Ya memang betul J3K Gong Baru terus berusaha untuk memetik Bintang-bintang Penarafan untuk Mu seluruh warga komuniti Kampung  Gong Baru.

Setelah berjaya memetik J3K 5 bintang peringkat daerah, kini J3K Gong Baru berusaha untuk dapatkan penarafan 5 Bintang Peringkat Negeri.

Penarafan ini penting untuk membuktikan kepada komuniti bahawa khidmat J3K Gong Baru kepada mereka adalah bertaraf 5 bintang.

Cerita ini juga boleh didapati disini

© 2011-2014 J3K Gong Baru. Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.